Monday, May 28, 2012

ASY Pilih Siti Aisah

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh! 

Semalam pergi ke majlis persandingan sahabat baik saya, Abdullah Sam Yusup atau lebih dikenali dengan nama Abang Dol. jejaka yang sangat diminati oleh warga ibu-ibu di Sadong Jaya untuk dijadikan menantu. akhirnya beliau pilih Siti Aisah menjadi permaisuri beliau. wollaweh.. sudah jodoh. yang bestnya, saya baru tau pagi tadi Siti Aisah tu adik kawan saya! kawan yang sama belajar di Mesir! 

Actually, saya dan ASY dah kenal sejak tahun 2000. sama sekolah, sama kelas, sama belajar sampai ke Mesir. makan sama pinggan, tidur bersambung katil, baring sebantal. banyak dugaan di tempat orang ditempuh bersama. akhirnya, 22 Mei 2012 beliau menamatkan zaman bujangnya mendahului saya. huhu.. 

Serba putih, berkasut hitam.. ini kali pertama saya berkesempatan hadir ke majlis perkahwinan kawan-kawan, walaupun ramai kawan saya yang dah kahwin. 

Sempat tarik ASY ambil gambar bersama. ambik berkat pengantin baru. =P 

Seperti biasa, pasti ada soalan tanya bila lagi saya nak kahwin. soalan tu saya akan jawab dengan sengih-sengih je. lalala~ 

Best datang kenduri semalam, ramai kawan-kawan sama sekolah, senior junior yang datang. ada yang dah lebih tujuh tahun tak jumpa. lepas majlis, berziarah ke rumah Ustazah Hadiah yang mengajar matematik masa sekolah menengah dulu, hantar kad jemputan majlis kahwin adik saya. kebetulan rumah ustazah tak jauh dari rumah ASY. 

Tahniah untuk Abdullah Sam dan Siti Aisah. semoga terus bahagia selamanya hingga ke syurga. selamat menjalani kehidupan berumahtangga. tak sabar jugak nak ada anak member yang panggil saya uncle! hahaha.. 

Saturday, May 26, 2012

Memang Kelas Kau Jah!

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Kesinambungan daripada kisah umat yang semakin ramai hari tu, penempatan pun perlu diperbanyakkan. menjelang Pilihan Raya Umum ke 13, Menteri Perumahan telah menyediakan pelbagai jenis penempatan mengikut kelas tersendiri. 

"Ini bukan bermaksud kita membezakan darjat mereka sebagai penghuni dan peserta kita, tetapi ini adalah langkah untuk mempelbagaikan sektor penempatan penghuni selain menambah baik infrastruktur yang sedia ada." kata Datuk Seri Warah, Menteri Perumahan merangkap Pengerusi Bersama Badan Kebajikan Kucing Rumah Hajah Asoha. 

Melihat kepada keperluan, Rumah Hajah Asoha telah menyediakan beberapa bakul dan kain untuk menjamin keselesaan penghuni. wad pesakit juga telah disediakan. kerajaan mengharapkan mereka selesa selama berada di bawah jagaan Badan Kebajikan Kucing Rumah Hajah Asoha. 


Macam-macam karenah kucing kat rumah ni. dah disediakan tempat tidur yang best, nak lagi best. dalam helmet pulak tempatnya. memang kelas kau jah! 

Friday, May 25, 2012

What The... Poyo Lebih Blogger Nih!

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Saya bukanlah penulis blog tegar. sekadar suka-suka menulis mengikut apa yang saya nak tulis, letak gambar mana yang saya nak letak. ingat lagi masa mula-mula buat blog dulu, saya tengah serabut dengan pelbagai benda. kiranya tulis blog ni untuk menyibukkan diri sendiri dengan benda lain walaupun pada asalnya memang dah bizi. 

Takde pengetahuan pun dalam dunia blog, saya buat blog ikut instructions daripada google. dah siap, saya belek-belek lagi blog sendiri walaupun hanya ada satu entry pendek. lepas tu baru lah saya baca blog orang lain. rajin pulak saya membaca. hahaha.. bila dah banyak baca, banyak tanya, baru lah tau sikit demi sedikit selok belok berblog. try and error itu biasa. dah kenal dan berinteraksi dengan blogger lain, jadi seronok berkongsi cerita dalam blog. 

Orang guna gambar jadi profile picture facebook
Pada mulanya saya taknak tunjuk gambar diri sendiri dalam blog. nak sembunyi identiti kononnya. tapi seminggu lebih lepas tulis blog, saya letak jugak gambar bila jawab tag Cik Jari. dulu rajin join 'tag mengetag'. ayat diguna pun memang poyo. sikit-sikit nak puji diri sendiri. 

Silapnya masa saya letak gambar, langsung tak buat watermark atau tanda hak milik pada gambar, lepas tu ada orang ambil kesempatan guna gambar saya jadi profile picture kat facebook. tiba-tiba rasa bangga diri, terasa saya sungguh hensem. hahaha.. 

Gambar yang orang tu guna, walaupun tak sama dengan bentuk saya sekarang, tapi ini adalah saya semasa slim kurus. kalau jumpa gambar ni dengan nama lain selain nama saya, maksudnya itu bukan saya. 

Kadang saya tergelak sendiri mengenangkan apa dah saya tulis masa mula berblogging dulu. pernah terima komen kata saya poyo. masalahnya, bila komen mengutuk camtu, orangnya kita tak tahu siapa. sabor je lah membacanya. 

Dulu nama blog ni The Story of Life dengan URL akudakmalaysia.blogspot.com. dah setahun guna baru reti nak tukar, jadilah Blog Budak Malaysia untuk ikut sama dengan URL diguna. rezeki melimpah awal tahun 2011, ada orang belanja beli domain kat NetKL. barulah jadi cam sekarang. 

Berbanyak-banyak terima kasih kepada pengunjung dan pembaca yang masih sudi bertandang ke blog ni. saya tak poyo dah, saya dah insaf jadi baik sekarang. malah lebih bersopan santun, berbudi bahasa dan baik hati sebab nak menang Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...